Salam semua, Kali ini saya cuma hendak berkongsi sedikit maklumat yg berguna. Kita semua sudah sedia maklum bahawa Ray Ban model Aviator (i....

Tip untuk menentukan kesahihan sesuatu Ray Ban

Tip untuk menentukan kesahihan sesuatu Ray Ban

Tip untuk menentukan kesahihan sesuatu Ray Ban

8 10 99
Salam semua,

Kali ini saya cuma hendak berkongsi sedikit maklumat yg berguna. Kita semua sudah sedia maklum bahawa Ray Ban model Aviator (i.e; Classic Metals, Outdoorsman, Shooters) adalah model yang terlaris di dunia di ciplak dengan rakusnya, maka timbullah ratusan malah mungkin menjangkaui ribuan model-model plagiat ini berada disekeliling kita.

Kita juga banyak didendangkan dengan pelbagai bentuk nasihat bagi menentukan originaliti sesebuah model dalam pelbagai cara.

Di sini, saya ingin mengambil peluang yang yang tidak ternilai ini untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi menentukan kesahihan model aviator ini khasnya.

Bagi semua penggemar-penggemar Ray Ban, semua sudah sedia maklum bahawa ada 4 batang skru untuk mengukuhkan sepasang cermin mata model aviator. 2 untuk mengikat lensa di kiri dan kanan setiap satu dan 2 lagi untuk mengikat 'temple'.

Skru-skru original ini di cipta khas untuk diletakkan hanya di tempat masing-masing maka salah satu cara yang paling efektif untuk menentu pastikan model-model ciplak ada lah dengan menggunakan skru-skru original tadi dan disarungkan pada model-model yang disyaki.

Jika skru-skru tersebut melekat di pertengahan perjalanan atau langsung tidak dapat berpusing atau langsung menjadi longgar sama sekali bermakna wajarlah model aviator yang digunakan sebagai ujian tadi di labelkan sebagai model tiruan.

Segala pertanyaan atau sebarang komen mengenai artikel ini amat dialu-alukan.




7 comments:

Anonymous said...

salam,
bagaimana pula jika kita nak tahu rayban ori selain dari check skru lebih2 lagi ketika di kedai xkan nak suruh dia buka skru,mungkin ada tip2 lain yg berguna utk membeli rayban ori

A*C*A*N said...

salam anon...
saudara juga boleh gunakan perbandingan secara visual dan fizikal.....tetapi jika hendak dihuraikan di sini mungkin mengambil ruang yang agak banyak kerana terdapat banyak perbedaan pada setiap model2 imitasi.

wananwar said...

salam..
skru tmple pasang kt lubang skru cermin ke?
cmne nk thu cermin,tmple n bingkai yg ori?

A*C*A*N said...

salam wananwar, bukan camtu...maksud saya skru temple try kat temple...skru cermin try kat cermin, tapi mesti ada 1 contoh bingkai original untuk dijadikan rujukan ... :)

Unknown said...

sAlam..
klw model Wayfarer pula, camner nak tentukan kesahihan nya??

ray ban said...

Terima kasih bro ACAN satu pendedahan yang sangat berguna. Jika ada tips yang berguna lagi boleh review kepada kami peminat-peminat ray ban

Unknown said...

macam mane ye nk pasang strap kt rayban wayfarer...