Sunday, January 18, 2009

Ray Ban OutdoorsmanII Roland Garros 1991 Limited Production Series










Sepasang lagi keluaran khas oleh Ray Ban Bausch & Lomb yang amat-amat terhad kuantitinya dipasaran semasa. Keunikan model ini boleh dilihat dari segenap aspek merangkumi frame, cermin dan begitu juga dengan bekas simpanannya.

Frame bernombor siri di samping cetakan-cetakan laser berkenaan peristiwa khas pada templenya membuatkan sesiapa yang melihat harus terpegun. Nosepad lain dari yang lain bergabung bersama-sama cermin yang mempunyai lencana besi Ray Ban pada cermin sebelah kanan membuatkan model ini berbeda secara total dari yang lain-lain.

Bekas simpanan yang diperbuat dari 'Natural cowhide leather' berlencanakan logo peristiwa Tennis French Open 1991 - Roland Garros menyerlahkan lagi perbedaan tersebut.




No comments: