Sunday, January 18, 2009

Ray Ban Gold Solid 14K #0312 Limited Production Series















Setelah bertahun-tahun mengatur gerak untuk medapatkan sepasang barang yang paling berharga di dalam lipatan sejarah Bausch & Lomb, akhirnya pada tanggal 18 haribulan Januari, konfirmasi total telah di perolehi dengan bantuan rakan saya. Bernombor siri #0312, Ray Ban Gold, model terunggul terkesan dari sejarah lampau B&L telah mendapat pemilik baru, akhirnya.

Frame yang diperbuat daripada emas tulen 14karat atau mengandungi 58.3% logam emas dan selebihnya diadun bersama-sama logam lain untuk mendapatkan pengukuhan struktur frame yang maksimum. Diperbuat di Jerman Barat ketika itu pada lewat 80-an sebelum penyatuan bangsa Jerman.

Cermin berkomposisi seakan-akan lensa G-15DH Diamondhard dilengkapkan dengan cetakan "Ray Ban Gold" pada lensa sebelah kiri sudah semestinya cuba menidakkan keterbiasaanya di dalam pasaran Ray Ban model aviator ketika itu dan sehingga ke bila-bila waktu pun.

Di datangkan bersama-sama dengan dua bekas simpanan kulit "Natural Sueded Buffalo" yang sudah pastinya menambahkan lagi keunikan model ini.

Harus di nasihati juga di sini bahawasa-nya, harga pasaran semasa yang tidak begitu jelas kesahihannya, mungkin sudah melangkaui RM15,000.

p/s: Terima kasih kepada En. Fauzan di atas bantuan yang tidak ternilai.




1 comment:

sapik said...

iskh3....untungnyer bro acan...dapat rayban gold nih...huhuhu...

tak sempat nak pegang beb!!