Friday, December 26, 2008

Ray Ban Ultra Bravura RB-50 Polarizing Lenses




Ray Ban Ultra memasuki pasaran pada awal 90an dan menjadi "magnum-opus" bagi model-model keluaran Bausch&Lomb hingga ke saat ini. Dilahirkan dari teknologi unggul Ray Ban, kaca 'polarized" yang peka terhadap cahaya sekeliling dan berkelebihan memantulkan kembali sinar yang cuba menerobos anak mata yang sensitif pada cahaya. Direka daripada kaca asas RB-50.

Di datangkan di dalam dua saiz kaca, 58mm dan 62mm. Memantulkan sinar ultra-lembayung matahari sebanyak 99.97% dari permukaan air, jalanraya mahupun kawasan bersalji.

Produksi sekitar awal 90-an dan terjual di seluruh dunia ketika itu pada harga kira-kira Rm1600.00.

Dikelaskan antara model-model yg amat jarang ditemui di pasaran dan oleh sebab itu wajarlah ia dikategorikan sebagai antara yg terbaik dikalangan yang terbaik.
Dengan penjualan Ray Ban kepada Luxottica spA. Italy pada tahun 1999, produksi model ini juga turut berakhir bersama sejarah agung yang ditinggalkan bersama-sama dengannya.








No comments: